14 October, 2017

Tips Bercuti ke Beijing 2017; Day 2 The Great Wall of China

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Selamat bertemu kembali. Ada ke orang yang ternanti-nanti sambungan penulisan blog Yasmin Yusuf tentang tips bercuti ke Beijing ni? hehe, rasa macam tak layak je nak tulis tips bagai, sebab aku bukannya avid traveller macam traveller lain. Travel once in a while je tapi aku akan cuba sebaik mungkin sampaikan apa yang aku tahu sepanjang percutian yang lepas. Harap uolls bersiap-sedia untuk membaca karangan panjang lebarku ini, so ya entry kali ni berkisar tentang? Yes! The Great Wall of China!


Bila sebut je tentang Beijing, mesti uolls semua dah tahu mercu tanda mereka yang paling popular semestinya The Great Wall of China. Pernah dengar tak slogan Melawat Melaka berberti melawat Malaysia? dekat sini pula jika melawat Great Wall of China bererti melawat China! hihi Amboi, memandai je reka slogan. Rasanya semua orang yang datang ke China teringin nak merasai keajaiban one of the seven wonders in the world ni kan yang merupakan dinding terpanjang dunia and the biggest ancient architecture. Sebelum bagi tips, nak bagitahu dulu fakta. Make sure study dulu Sejarah Great Wall ni baru ada feel untuk pergi and selami sendiri dengan jiwa raga kan, hihi.Tak tahulah kut celah mana datang semangat rajin aku ni pergi download journal Great Wall lepas tu print out dah macam buat rujukan thesis pulak. ades! Semangat terlebih ni.



The Great Wall of China dibina pada zaman dinasti Ming dengan kepanjangan jarak lebih kurang 8,851 km. Banyak percanggahan pendapat tentang jarak yang tepat sebenarnya, yang berusia lebih 2300. Tahukah anda apakah tujuan sebenar The Great Wall of China dibina? Tujuannya adalah untuk melindungi empayar Maharaja China dari diserang oleh bangsa Monggolia. Walaupun dah beribu tahun lalu, tapi binaanya sangat menakjubkan kerana tak ada bangsa yang boleh bina tembok sekukuh tembok besar China ni. Fakta journal mengatakan, menurut cacatan Ripley's Believe It or Not Pada kurun ke 17, Maharaja Shih Huang Ti telah menggunakan hampir 1 million tulang tulang rakyat yang telah mati semasa membuat tembok besar demi mengukuhkan binaan. Maharaja dulu sanggup kerah tenaga rakyat mejadi hamba untuk menyiapkan tembok China ni.

Tips 1: Suhu dan Cuaca

Perkara utama bagi seorang pelancong sebelum decide untuk travel mesti kena check dulu cuaca dan suhu. Kepada sesiapa yang tak tahu, negara China adalah antara negara yang mempunyai tahap pollution yang tinggi tau terutamanya pada bulan 6,7,8 jadi try to avoid untuk travel dalam bulan ni. Kalau ingatkan aku nak travel bulan 7 atau 8 sebab flight ticket time tu sangat murah tapi aku cancel disebabkan keadaan cuaca yang agak teruk dan suhu musim summer yang terlalu panas. Ada orang tak suka travel musim panas kan lebih-lebih lagi kalau melancong ke negara 4 musim. Kita orang Malaysia rasanya memang ramai yang sengaja suka melancong time winter sebab nak experience snow,hihi tapi aku dah plan awal-awal nak pergi musim fall/spring sebab aku tak suka cuaca yang terlalu sejuk, jadi kali ni aku memilih untuk travel musim fall sebab tak pollute and suhunya cool which is 25-28 degree celcius pada waktu siang dan malam menurun sehingga 17 degree celcius.


Tips 2: Pilih section entrance yang terbaik

Aku bukanlah orang yang tepat untuk bercerita soal bagaimana cara nak datang ke sini disebabkan kami semua menaiki kereta sewa untuk ke Great Wall. Tak naik public transport. Kami pilih untuk pergi dengan kereta disebabkan jaraknya yang agak jauh iaitu hampir dua jam dari rumah/bandar, jadi no proper access public transport yang available melainkan kena naik turun lompat bas or subway. Tapi iolls boleh cadangkan route terbaik untuk ke Great Wall. Buat pengetahuan, ada empat main section utama iaitu Badaling, Mutianyu, Jinshanling and Juyonguan. Sebenarnya banyak lagi section lain tapi ini antara section yang popular. Dalam banyak-banyak section, Badaling paling famous disebabkan pemandangannya paling cantik. Route ni paling ramai tourist malah travel agency pun suka bawa pelancong guna section Badaling. Kalau peak season akan sesak dengan lautan manusia yang membanjiri kawasan ni so try to avoid using this section. Kalau pemandangan cantik tapi sesak pun tak best jugak kan. Mesti akan rasa tak selesa dan tak boleh nak feel keindahan tembok besar.


Min Min rasa macam VIP naik kereta Volkswagen ada driver yang tolong buka pintu :p


Jadi pilihlah Mutianyu, which is the most magnificent fully restored Great Wall Section. Apa yang best Mutianyu ni juga mempunyai pemandangan yang cantik, ada watch tower dan dan yang paling penting tak ramai tourist macam di Badaling. Untuk fakta dan kelebihan section Mutianyu, sila baca sini (China Travel Guide)


Main entrance Mutianyu.


Kawasan beli ticket sebelum masuk ke kawasan pergunungan dan tembok.


Pay attention to this part ya. Untuk access ke tembok besar which is far away on the mountain, uolls kena panjat lebih beratus anak tangga. Probably about 1 hour baru sampai atas. Tapi sebelum tu kena naik bas dulu untuk ke kawasan pergunungan. Beli ticket di kaunter. First ticket bas and second ticket sightseeing kemudian baru fikir naik cable car/tangga. Faham tak? Alright, maybe ada dari kalangan kita yang tak semua ada kudrat untuk panjat tangga macam orang tua atau kanak-kanak, don't worry kita boleh naik menggunakan cable car which is 5 minit dah sampai. Disebabkan harga cable car agak mahal tak payahlah naik dan turun guna cable car. Jadi rentetannya begini, aku cadangkan naik tembok guna cable car, turun menggunakan tangga bukannya panjat guna tangga, turun naik cable car (macam kami buat lolz). Kau tau tak betapa semputnya aku masa panjat tembok tu? Hampir 10 kali kami berhenti disebabkan aku terlalu penat. haha, Aku ni dahlah jenis manusia yang tak lasak, bekas pesakit asma pulak tu jadi enery tak banyak macam orang lain. ngehe! siap hari bulan boleh pengsan tapi nasib baiklah aku tak pengsan masa panjat tangga tu kalau tak naya orang sekeliling kena angkat.

Bus ticket: CNY15
Sightseeing: CNY45
Cable car: CNY100 (optional)


Inilah bas station untuk ke kawasan pergunungan.



Antara deretan tangga yang perlu dipanjat untuk sampai ke puncak.


MashaAllah the scenery is so magnificent. The view on top of the mountain.


Secantik-cantik ciptaan manusia, cantik lagi ciptaanmu Ya Allah.
*bukan ayat pickup line* ehehe


Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya naik atas ni.


Cantik sangat seni bina dia.


Ya Allah, thank you for the opportunity you given me. Terasa diri ini terlalu kerdil melihat kehebatan kekuasaanmu. Maka jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmatmu.

“Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan setelah dibangkitkan.” (Surah Al-Mulk | Ayat: 15).



Dalam watchtower

Tips 3: Makan secukupnya dan bawa bekal

Sila jangan abaikan makan ye walau rancak berjalan. Make sure pagi-pagi sebelum gerak nak datang sini makan dulu heavy breakfast. My mom's friend dah siapkan mee sup daging tau untuk breakfast. Banyak gila aku makan. Jarang aku makan heavy breakfast melainkan kalau makanan tu sedap atau nak berjalan jauh. Memandangkan kawasan atas tembok ni tiada kedai makan, kedai makanan halal apatah lagi jadi sila tapau siap-siap makanan dari rumah. Ingat last entry day 1 aku cerita kami beli makanan sebagai bekal lunch masa Great Wall. Alhamdulillah tak lapar sepanjang perjalanan. Hepi je memanjang. Kalau perut berbunyi mood pun boleh spoil kan.


Sabar jelah orang kaki selfie memang macam ni. Video banyak je buat acah-acah vlogger gitu tapi aku amatlah KO bab-bab nak mengedit video ni. Video blog review insta sampai sekarang postpone sebab tak tahu nak edit pakai apps apa. Rasanya dah 10 apps aku install tapi semuanya tak penuhi citarasa aku. Ada je yang kena di mata ni rasa macam tak secantik orang lain yang reti buat video.


"Lihatlah gunung yang tinggi, subhanallah itu Allah yang punya."
tiada yang engkau punya,
semuanya Allah punya,
dari itu janganlah sombong,
janganlah riak serta iri hati,
dunia ini hanyalah pinjaman sementara,
akhirat nanti kembali padanya.

Nah, lagu dari bait lirik lagu Pak Iwan.

Tips 4: Pakai pakaian yang selesa dan kasut sukan 

Part ni sudah terang lagi bersuluh cuma nak extra remind je. Buat yang datang musim summer atau fall seperti sekarang ni silalah pakai pakaian yang selesa. Aku memang sengaja pakai baju ringan macam ni sebab panas sangat time ni even the weather is cool. Cuaca di temperate country macam china ni sangat dry tak sama macam Malaysia high humidity. Yang bestnya walaupun kau sedang memanjat beratus anak tangga, susah sangat nak berpeluh kalau kat Malaysia dah lama lencun.


Masa nak balik kawan tanya nak turun guna cable car atau patah balik turun guna tangga sebab dia dan mak dia pada mulanya nak guna tangga. Malulah aku kalau cakap nak naik cable car sebab mak dia yang umur 60 tahun rilex je panjat tangga, haha sedangkan aku yang muda ni jugaklah yang semput. Aku cakap je mana-mana pun boleh padahal dalam hati meronta-ronta nak naik cable car.kah Lepas tu dia kata tak apalah kita naik cable car sebab dia kesian tengok keadaan aku yang ntah apa-apa tadi masa memanjat tadi.lolz. Time tu nak peluk je dia, tau-tau je hasrat hati aku ni. 


Vivy Yusof ke ni? Eh bukan saya Yasmin Yusuf. Tak lawak Yasmin tak lawak okey!


Masa kitorang tengah suka suka bergambar, ada sorang tourist ni nak bergambar dengan aku and aku masa tu rasa tak percaya like wait what? Iolls rasa macam artis.
hahaha


Tips 5: Rancang Perjalanan

Tips ni more to general tapi kena juga emphasis sebab penting. Sebelum apa-apa rancanglah dulu perjalanan. Nak datang sini wajib datang awal pagi. Kami gerak lebih kurang 9.30 pagi dan sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Masa tu dah ramai orang yang dah nak balik. Ingatkan kami antara yang terawal sampai, haha. Biasalah, kalau tengah hari agak panas. Panas ceng ceng bak kata kata orang Kelantan. Yang tak suka panas tu silalah datang awal-awal pagi. Btw, kat sini banyak jual souvenirs jadi boleh usha kalau nak beli tapi aku tak jengok pun sebab dah tahu mesti mahal. Souvenirs di Beijing mostly semua mahal apatah lagi kalau tempat tu tourist attraction. Rasanya tu je kot tips ke Beijing. Kalau ada apa-apa kekurangan atau penambahan korang boleh email aku. InshaAllah yang mana aku boleh jawab, aku akan jawab. 



Thanks for reading my entry
xoxo

04 October, 2017

Tips Bercuti ke Beijing 2017; Day 1 Melawat Masjid di Changying Minzu & Peking Duck

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Mungkin ada yang dah tahu baru-baru ini aku ke Beijing pada 15/09/2017-25/09/2017 iaitu lebih kurang selama 10 hari. Sebenarnya trip ke Beijing ni dah lama dirancang lebih kurang 3 tahun lepas namun baru sekarang terlaksana, ihiks! Okeylah tu daripada tak tercapai langsung angan-angan tu kan :p First and foremost mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku memilih negara Republik of China sebagai destinasi pilihan untuk melancong pada kali ini kan. Kenapa bukan Korea atau Jepun ke. Bagus soalan itu wahai kawan-kawan. Sebenarnya, aku ada seorang kenalan yang tinggal di sana. Dialah yang selalu ajak aku pergi Beijing. Tiap bulan mesti akan whatsapp tanya bila datang Beijing, katanya tak sabar nak terima kedatangan aku ke rumahnya. Macam biasalah aku bila orang berjalan tak pernah kata tidak, maka setelah cukup simpanan bermulalah episod travel aku ke sana. Di bawah aku senaraikan sebab-sebab kenapa aku ingin ke Beijing selain dapat melawat kawan aku.

1.) Terdapat banyak peninggalan Sejarah which is good sebab aku suka Sejarah lebih lebih lagi jika melibatkan architecture.
2.) Mudah untuk mencari makanan halal.
3.) Tempat tinggal percuma (credit to my friend) yang bagi aku tinggal di rumahnya.
4.) Mata wang tidak mahal RM1.00=CNY1.56 (nilai rate semasa).
5.) Harga public transport terutamanya subway murah dan laju. Paling lama pun tunggu 5-7 min je.


Alhamdulillah segala urusan ke sana dipermudahkan Allah walaupun aku pergi sorang je. Trip kali ni lebih kepada solo traveller bukan backpacker ye. Aku tak suka backpack! sebab aku ni manusia yang tak boleh hidup kalau tak selesa, plus kalau boleh nak melawa sepanjang masa macam Che Ta travel haha jadi memang aku tak pernah teringin nak jadi backpacker buat selamanya. Memandangkan aku pergi sorang, jadi segala preparation aku urus sendiri. Tak pakai agency pun. Persiapan visa pun settle sendiri kat KL. Jadi nak tak nak dua bulan sebelum travel banyak juga aku research. Duk study blog orang travel, baca buku Sejarah Islam China, skodeng facebook BBM and suft sana sini. Untuk memudahkan diri, aku dah prepare and print out siap-siap itinerary ke Beijing sebelum berangkat ke sana. Refer yang tu je sepanjang travel. Senang!

Sebelum berbicara dengan lebih lanjut, ayuh kita telurusi dahulu peta negara China ini. Dikatakan populasi di Beijing mencecah sehingga 21.4 juta manakala keseluruhan jumlah penduduk di negara China kira-kira 1.4 billion. Percaya atau tidak kira-kira 200,000 juta penganut di China adalah beragama Islam. Hebat kan sebab kerana Islam terlebih dahulu disebar ke China sewaktu zaman Rasululllah iaitu lebih kurang 1400 tahun yang lalu.


Beijing adalah bandar kedua terbesar yang terletak di utara negara China selepas Shanghai yang dahulu kalanya dikenali sebagai Peking. Sila bawa bersabar ye sebab aku sentuh serba sedikit tentang Sejarah. Aku ni dulu zaman sekolah minat Sejarah sama macam minat baca Novel seronok je membacanya. Lepas sehelai demi sehelai tup tup habis senaskah lol redundant sangat haha. I don't know why maybe I love facts disaat ramai orang mengatakan Sejarah itu bosan pada aku Sejarah itu menyeronokkan.hehe

Kawan aku tu dia tinggal di Chaoyang Changying Minzu Community, Chaoyang adalah antara daerah yang utama di Beijing berhampiran dengan Beijing International Airport. Malaysian Embassy pun terletak di Chaoyang. Korang sebelum travel take note siap-siap emergency number & Malaysian Embassy number dalam notebook senang kalau ada apa-apa masalah boleh terus ke kedutaan lebih-lebih lagi kalau jenis yang travel sorang macam aku ni dan paling best di sana iaitu kawasan perumahan majoriti populasinya adalah muslim! Tak silap katanya lebih kurang 90% penduduk di situ tu adalah beragama Islam. Ini terbukti dengan mata aku sendiri sebab ada beberapa masjid berhampiran kawasan manakala makanan non-halal diharamkan. Kawan aku cakap kalau ada orang di kawasan kejiranan yang masak non-halal serta merta mereka akan lapor kepada polis siap boleh masuk lokap. Bagus kan undang-undang Non-Halal Restriction Area yang diamalkan mereka. Sekurangnya rasa secure lah sikit kita sebagai muslim ni.

Jarak antara Choyang ke rumah kawan aku mengambil masa kira-kira 25 minit. Tak jauh pun. Aku tiba di Beijing International Airport Terminal 2 pukul 5.40 pagi. Ada banyak public transport termasuk bas, minivan, uber, dan teksi. Aku pilih naik teksi sebab selamat. Lagipun kawan aku dah pesan naik teksi je. Kat sana banyak scam tau and ada certain public transport yang illegal so please be careful. Aku telah dihampiri scammer perempuan dia suruh aku naik minivan dia masa aku tengah mencari teksi. Maybe dia nampak aku tercengang-cengang mencari sesuatu macam orang kehilangan arah agaknya haha, so dia approach untuk naik minivan dia. Nak tahu berapa dia caj? CNY180 bersamaan RM115. Mahal gila kan, aku taklah bodoh sangat sampai nak percaya. haha
-

Btw, kat China ramai tak boleh berbahasa English even kat Airport kau tanya Security hai hai bye bye lah jawabnya. Nasib aku telah ditarbiah oleh rakanku supaya memanfaatkan telefon pintar dan kalkulator. Aku padam angka yang ditaip makcik itu pada skrin handphonenya dan menaip angka CNY50.00 aku tunjuk kat dia serta merta kena reject,haha Padahal saja je nak tengok reaksi dia bila aku cuba tawar harga murah. Tanpa melengahkan masa, terus ke Teksi Terminal, aku  tunjuk alamat rumah yang telah diterjemah ke  bahasa China yang tertera pada handphone. Aku tunjuk guard. Dia tolong masukkan luggage dalam bonet, tolong pasangkan GPS untuk driver seterusnya mempersila untuk naik. Sette!! Harga teksi dari Airport ke Changying Minzu  CNY80.00/RM51.30. 

Aku sampai lebih kurang pukul 7.00 pagi. Petang tu kawan ajak jalan-jalan sekitar kawasan rumah dia sambil beli makan di gerai lepas tu dia ajak aku ke masjid.
-
View of Changying Minzu Mosque


Kehadiran masjid di tengah kesibukan bandar Chaoyang. Kalau perhatikan, kebanyakan masjid di China mempunyai ciri-ciri senibina traditional kerana dibina pada zaman lampau ada mencecah ratusan malah ribuan tahu namun yang menariknya rekabentuk kekal terpelihara hingga ke hari ini.


 

Tak sangka rupanya di China ni ramai sangat Muslim. Yelah populasi masyarakat Islam teramai di dunia kan di China so no wonder la kan. Disebabkan baru sampai Beijing, malas nak OOTD cantik-cantik. Pakai traitsuit je, sila jangan kecam sis ye.hiks

Membeli Makanan Halal di Gerai Muslim

Mesti dah ramai yang tahu kan untuk mencari makanan halal di Beijing tak susah macam negara non-muslim yang lain sebab penduduknya ramai beragama Islam. Tengok pada tempat kita pergi, kalau kawasan komuniti penganutnya majoriti Islam lagilah senang. Make sure tahu logo halal China biasanya berwarna hijau ditulis sebagai 'Qing Zhen' bermaksud halal macam ni. 



Kitorang singgah kedai muslim beli makanan sebagai bekal sebab kesokan hari kami nak ke Great Wall of China. Jadi beli makanan siap-siap takut lapar masa panjat tangga nanti.




Lamb meat antara makanan utama masyarat muslim di China selain beaf



Aku tak sure apa nama roti ni. Inti dia daging. Masa beli still lagi panas-panas lagi. Roti ni nampak simple tapi mengenyangkan.

Restaurant Peking Duck

Apa makna melawat Beijing kalau tidak mencuba signature utama mereka iaitu Roast Peking Duck recipe berusia lebih 600 tahun yang telah mendapat world recognition kerana rasanya yang sedap. Alhamdulillah, walaupun aku ni jenis picky eater (bak kata bapak aku tapi memang ya pon) Allah bagi aku rasa sedap sepanjang aku makan makanan di China. Bila baca blog ramai blogger yang kata masakan China tak sedaplah, tawarlah aku dah gusar dalam hati cakap lagu mana ni tak kan nak makan megi hari-hari kot haha. Siap beli perencah nasi goreng bagai walhal tak masak pun. Aku cakap pada kawan nak masak masa kat rumah dia tapi dia tak kasi. Yelah, siapa je nak bagi tetamu masak kan. Rasa bersalah pulak dah la tinggal free makan pun free ya Allah tolonglah faham rasa bersalah ini, haha. Apa pun aku bersyukur dikurnia seorang sahabat dan keluarganya yang sangat baik. Banyak kali aku hampir menitiskan air mata sebab terharu sangat dengan keperibadian mereka sekeluarga. Walaupun keluarga aku dan keluarganya dah jadi keluarga angkat tapi aku tak pernah expect orang layan kita baik macam tu sekali. Bersyukur sangat-sangat ya Allah.


Cutlery yang siap dibalut. 


Chef akan bawa tray and slice Roast Peking Duck depan kita and beautifully place on the plate.


Patutlah Peking Duck dapat world recognition rupanya the meat itself is so tender,soft tapi dalam masa yang sama rasa crispy. Tak tahu nak explain rasa sedapnya macam mana melainkan korang sendiri kena cuba.


Peking Duck dibalut with kind of thin bread (macam kulit popia) bersama sos/gula, spring onion. Setiap hidangan wajib ada sayur tau.


Selain Peking Duck, Lamb/Beaf stick juga adalah antara hidangan yang popular di Beijing. Kena cuba kalau datang sini. Rasa rempah dia sedap sangat.  




Sekian sahaja day 1 di Beijing. Aku akan update blog Tips bercuti ke Beijing by day tau. Ya Allah so many to go.*face palm*. Aku akan cuba cari masa untuk menulis. Tak janji bila boleh siap maybe berbulan-bulan lagi atau next year haha. Kat bawah ni aku senaraikan general itinerary di sana. Siapa nak full detail itinerary yang lengkap boleh email di yasminyusuf1993@gmail.com. Manalah tahu boleh bantu sedikit sebanyak sesiapa yang nak ke sana. Lepas tu, kalau rajin aku akan update jugak persiapan penting sebelum ke Beijing contoh macam book flight/visa/weather forecast/install apps/money exchange and macam-macam lagi yang aku tulis dalam itinerary.

General Itinerary ke Beijing
Day 1: Arrival day: Melawat Masjid di Chaoyang dan ke Restoren Peking Duck
Day 2: The Great Wall of China
Day 3: Bersiar-siar di Hutong, Drum Tower, Jinshan Park dan Lamb Stick
Day 4: Forbidden City dan Masjid Niu Jie 
Day 5: Qianmen Street dan Tiannammen Square
Day 6: Bird Nest Stadium dan Water Cube
Day 7: Menonton Wayang 'The Body Guard Hitsman'
Day 8: Summer Palace
Day 9: Rest day
Day 10: Depart to Malaysia

Additional upcoming blog update
  • Persiapan penting sebelum ke Beijing
Thanks for reading my entry
xoxo

28 September, 2017

Horien Eye Secret 38% 3 Months Disposable Color Contact Lens

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Setahu aku biasa orang yang pakai contact lens ni mesti dia rabun kan. Mungkin ada juga yang pakai sebab dua dalam satu iaitu 1.) Rabun 2.) Nak melawa, hihi Dalam konteks ini, sejujurnya sepanjang hidup aku tak pernah pakai contact lens sebab rasa tak perlu. Tahap rabun aku tak teruk, cuma silau je tinggi dari rabun. Biasa aku pakai spec contoh macam dalam kelas, atau kalau rasa mata dah terlalu letih menghadap laptop lama-lama dan paling penting sewaktu berdiri tercegat untuk memerhati nombor flight/bas yang tertera pada screen, masa inilah spec memainkan peranan penting untuk melihat papan tanda dengan lebih jelas. Jadi apa kaitan spec dengan contact lens ya kat sini, macam tiada kaitan je penerangan aku ni, haha. Biasalah orang perempuan ni kalau dia bercakap dia akan turun naik gunung dulu, panjat bukit, terjun sungai patah balik ke sempadan baru dia akan ke main point dia.lolz


Back to point, walaupun aku dah set tak nak pakai contact lens buat selamanya melainkan waktu bertunang/kawen je nanti (kalaulah adalah jodoh kan) tapi bila ternampak ramai blogger yang review Horien Eye Secret Contact Lens maka aku teringin juga nak cuba. Rasalah jugak diri ni gedik sebab niat utama nak pakai tu sebenarnya nak melawa. Adoi! Nak buat macam mana kan dah terpengaruh inilah bahana sosial media. Scroll scroll ig tengok model pakai lawa teringin jugak nak pakai kan manalah tahu suatu hari nanti hasrat nak jadi model tu tercapai, lolz.

Apa yang best contact lens dari Horien Optic Malaysia yang diberi nama Horien Eye Secret mostly warnanya sangat cantik dan natural. Tambahan pula, contact lens ni diperbuat di Taiwan yang mempunyai sijil yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dalam negara seperti ISO 9001:2008 and ISO 13485:2003 certifications, Japan’s FMA (Foreign Manufacturer Accreditation), and European CE and Taiwan GMP (Good Manufacturing Practice). Jadi uolls boleh beli dan pakai tanpa ragu-ragu sebab ia dijamin selamat. Sekarang kan banyak sangat online shop yang jual contact lens katanya dari Korea, merapu-rapu dah aku tengok walaupun cantik, tapi belum tentu dijamin selamat so please be meticulous with what's brand you're purchasing ok.



First dapat lens ni rambang mata dibuatnya, tengok warna cantik-cantik. 


Aku diberi peluang untuk mencuba 4 warna Horien Eye Secret 38% 3 Months Disposable Color Contact Lens. Kesemuanya ada enam warna tau dan apa yang bestnya setiap warna diberi sempena dengan nama bandar di dunia which are:

1. Vancouver Pink
2. New York Green
3. Rome Gey
4. Berlin Gold

Bukan setakat terhad pada enam warna jenis ni je, Horien Eye Secret ada menawarkan pelbagai pilihan warna lens dari berbagai jenis. ada daily, monthly, 3 months and 6 months color contact lens. Multipurpose and fresh solution pun turut dijual. Boleh cuci mata tengok dekat website mereka nanti.


Info
  • Kandungan air: 38%
  • Diameter: 14.20 mm
  • BC 8.7 mm
  • 7-9 mm wide optical zone
  • Tahan selama 3 bulan
  • Fantasy series (3-tone Rome Gray and New York Green) dan Sweetheart series (2-tone Vancouver pink, Berlin Gold, Kiev Blue dan Madrid Grey)
Kelebihan:
  • Sodium Hyaluronate Trehalose
  • BMW 3D Wrap Technology
  • UV protection function

Kalau uolls rajin bukak page Horien Eye Secret ni sentiasa ada monthly promotion tau, terbaru ada September Amazing deal as per below aku copy dari page fb dorang.

Don’t miss out September amazing deals!

👉6 Months Color Lens ❥↬Buy 1 pair Free 1 pair

👉3 Months Color Lens❥↬Buy 1 box Free 360ml Solution



Horien Eye Secret Multi Purpose Solution

Ada tiga fungsi utama solution ni iaitu
1.) Intensive Moisture Sodium Hyaluronate: Meningkatkan keupayaan untuk menampung jumlah air. Memberikan keselesaan sepanjang hari.
2.) Fresh New Experiece: Molekul besar Sodium Hyaluronate lock air di atas permukaan lens manakala molekul kecil Sodium Hyaluronate menembusi lapisan lens untuk supply air.
3.) Clean and moisture in all aspect. Memberi perlindungan dari bakteria dan protein deposit.

Kalau tak tau nak beli kat mana Multipurpose solution ni beli je dekat Horien Eye Secret. Make sure tiap kali lepas pakai lens tukar solution dia jugak tau.


Comel kan casing contact lens yang aku beli ni. Dalam ni dah siap ada twizer, tempat pencangkul lens (aku tak tau apa nama dia haha) dan paling penting ada cermin tapi sayang tak ada botol lens solution yang boleh refill tu. Tak apalah janji comel. Beli di kedai dalam tesco RM6.00 satu. Sebelum pakai contact lens sila baca dulu tips dan cara pemakaian (for beginner like me) dekat google atau boleh rujuk sini sebab banyak info yang boleh diperolehi.

1.) Vancouver Pink




Warna Vancouver Pink ni sangat cantik tau. Jarang tengok orang pakai lens warna ni. Dah la warna pink warna fevret aku. Walaupun kaler pink nampak macam pelik tapi bila pakai jadi natural. Warna pink ni adalah warna kedua fevret antara keempat lens ni.


2.) New York Green 




Yes, New York Green is my top choice. Walaupun green, tapi warnanya mashaAllah sangat natural semulajadi macam mata Mat Salleh gitu (perasan kejap je). I just love it so much, warna dia soft je bukan striking hujau yang terang benderang.

3.) Rome Grey




Wanna ni pun cantik tapi but I don't think I am a grey lover. Maybe certain orang suka pakai grey. Aku perasan Tok Ti suka pakai warna seakan begini. Rajin kan aku match warna lens dengan tudung dan baju. Silalah hargai usaha aku ni wahai teman.hihi

4.) Berlin Gold



Warna ni pun macam rare. Seakan ada  pantulan cahaya dari mata bila memakainya which I found it unique. 


Meh aku cerita story masa pakai lens ni. Korang tau tak Ya Allah aku ambil masa lama gila waktu first time pakai lens warna pink tu. Entah berapa puluh kali terjatuh walaupun dah ikut step by step di youtube tutorial cara nak pakai contact lens. Rasanya aku win manusia paling lama mengambil masa untuk pakai lens haha. Hampir sejam jugaklah baru berjaya. Boleh masuk The Guinnes World Record kan. Second time pakai tu pun macam tu jugak tapi takdelah sampai sejam, haha the third time dah ada improvement. Kali keempat pakai barulah pro, rupanya nak pakai lens ni kena ada skill jugak ye, haha. Manalah ahkak tau dik. Time tu rasa macam menang Gold Medal sukan Olympic pun ada :p

This is my honest review, secara jujur aku suka sangat dengan kualiti of Horien Eye Secret lens walaupun first time mencubanya. Rasa selesa tak rasa pun macam benda asing masuk dalam mata sebab ia sangat nipis and lembut. Cuma make sure betul-betul bersih la kan sebab lens ni dia sensitif kalau ada habuk ciput pun dia akan buat mata tak selesa. 

Dikatakan contact lens dari Horien Eye Secret dicipta mempunyai kuasa lembapan yang lama. Ia menggunakan teknologi canggih yang lain dari lens yang berada di pasaran which is wrapped by HEMA, an ingredient that ensure our eyes do not make a contact with the lenses’ colour additives. That makes Horien Eye Secret lenses different from other brands because most of the lenses have colour additives that easily peel off while we are wearing them

For more info please visit

Official Website : http://www.eyesecret.com.my

 #HorienEyeSecret

Btw, I love their tagline

Feel The World Through Your Eyes

Thanks for reading my entry
xoxo