19 August, 2017

Secret Skin White Kawaii Collagen Review (Latest Version)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Hi, tengok tajuk dan gambar pun dah tahu kan aku nak cerita tentang supplement Secret Skin White Kawaii Collagen. Uolls tau tak 3 tahun lepas aku dah pernah review produk ni. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Bila baca balik review tu rasa macam kelakar pun ada sebab masa tu tak biasa lagi buat review. Baru nak bermula lah katakan tapi bila aku tengok viewers macam tak percaya boleh tahan ramai jugak yang baca 10,000++. Mesti ramai wanita kat luar sana yang curious dan berusaha untuk cari produk supplement yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan betul tak? Takpe, untuk entry kali ini which is updated version aku akan share as much information yang aku tahu tentang SSWKC dan bercerita dari pengalaman aku sendiri as consumer of this product. Awas, post kali ni super duper panjang! Bersiap sedia untuk membacanya tau, janganlah baca sambil lompat-lompat :p



DISCLAIMER

Seiring teknologi yang berkembang pesat maklumat tersebar sepantas kilat, semua boleh tahu dengan hujung jari je. Baru-baru ni hangat diperkatakan tentang isu ada supplement yang excessively claim kebaikannya dari sudut kesihatan. Group of doctors siap mention brand apa lagi uolls. The debates and arguments went so controversial. Seronok aku duk baca statement dan komen-komen golongan pro mahupun anti supplement ni sambil angguk-angguk geleng-geleng. In that case, I'm natural, aku tak bias pada mana-mana pihak. Setiap orang ada pendapat berbeza, jadi marilah kita meraikan pendapat masing-masing tanpa cuba menjatuhkan mana-mana pihak. Okey, peace no war!

KENAPA PILIH SUPPLEMENT?

Untuk siapa yang kenal dan ikuti perkembangan tahulah aku suka makan supplement. Selalu jugaklah aku share supplement-supplement yang pernah aku consume. Aku tak main beli sebarangan produk. Of courselah kena buat research dulu kan. Ada dua sebab utama kenapa seseorang mencari makanan tambahan untuk memenuhi keperluan asas untuk hidup termasuklah aku. Pertama untuk kecantikan, kedua untuk kesihatan. Aku taklah rajin mana, tapi bila dah rasa diri ni makin berusia, kesedaran itu timbul. Ada yang tanya aku consume sepanjang masa ke? Let me be honest here, aku tak consume all the time! Kalau rasa ada duit lebih sikit aku beli. Kalau rasa macam pokai aku stop. Aku bukan datin okey yang kaya raya boleh beli semua benda dia nak, haha, ayat tak puas hati sokmo.

Aku pilih untuk consume supplement sebabnya aku ni manusia yang jenis mudah letih, cepat penat kalau buat sesuatu kerja. Kadang bukan sebab penat fizikal je tapi lebih utama penat mental. Bila dah penat mulalah rasa nak demam. Dalam setahun tak terkira berapa kali demam sebab boleh dikatakan every months mesti akan demam. Orang kata kalau jaga pemakanan dengan baik inshAllah susah nak sakit demam semua tu. Namun apakan daya, tak semua orang mempunyai sistem imunisasi yang kuat. Tak semua orang ada daya tahan badan yang tinggi walaupun dah cuba untuk jaga pemakanan.

Sekarang semua benda nak cepat kan. Kalau lambat ketinggalan lah jawabnya, ngehe sebab tu munculnya banyak instant. Bukan setakat instant shawl je, instant food pun ada. Yes, orang kata makan jelah buah sebab buah adalah semulajadi dan kaya dengan antioxidant. Tapi rajin ke kau nak makan buah hari-hari? Sehari sekurangnya sebiji, rasanya tak semua orang ada masa termasuklah aku, hihi Jadi, cara terbaik adalah consume supplement. Mungkin orang kata cara sebegini adalah shortcut tapi kalau ia memberi kebaikan yang sama why not kan?

APA YANG ANDA PERLU TAHU


Tak nak lah beli suplement mahal-mahal tapi tak menjadi. Itu membazir namanya. Kalau boleh kita nak ia bagi kesan yang positif. Aku nak pesan ni, nak cantik dan kekalkan nikmat sihat ni bukan sekadar makan supplement je tau. Kenalah jugak exercise, jaga pemakanan semua tu. Macam aku allahuakbar tak payah cakap lah betapa pemalasnya nak exercise, tapi alhamdulillah adalah jugak improvement lately buat yoga. Sekali buat, pastu stop pastu buat balik. Tak berapa nak istiqamah, hihi tapi usaha itu adalah jugak kan.

Nak cantik tak semestinya perlu keluarkan duit ribu-riban. Contoh nak muka lawa, paling senang bacalah doa masa tengok cermin dalam hati niat "Ya Allah engkau cantikkan lah wajahku ini sebagaimana engkau memperindahkan akhlakku." InshAllah muka tak berapa nak lawa sejuk je hati orang tengok.Nak muka berseri perbanyakkanlah amalan solat sunat tahajud itu semua adalah sumber terbaik wahai kawan-kawan tapi yang sedih nya tak ramai yang buat kan. Last sekali, bergantunglah pada Allah, kita ikhtiar cari supplement terbaik tapi yang memberi keberkesanan bukan supplement tapi Allah! Maaflah agak lari topik tapi aku kena jugak sentuh perkara ini sebagai peringatan termasuklah orang yang sedang menaip ni.

KELEBIHAN SSWKC

Dalam entry terdahulu aku ada cerita bahawa SSWKC diperkaya dengan superfruits. Dalam satu jar ni banyak sangat ingredients dari extract buah-buahan. Kenapa superfruits? Sebab buah kaya dengan antioxidant yang penting untuk melawan radikal bebas. Kalau nak tahu hubungkait antioxidant dan radikal bebas boleh tekan sini sebab aku dah explain detail. Aku tak akan repeat benda yang sama sebab banyak lagi benda yang aku nak explain pada post ni. Ni pun dah panjang berjela-jela. Maaflah, aku tak pandai nak singkat perkataan. Masalah aku dari dulu, kini dan selamanya.hiks

SIAPA YANG SESUAI MAKAN SSWKC?

Mesti ada yang tertanya 'Sis, saya umur 18 sesuai tak saya ambil dalam usia yang muda ni? Ada pula yang mungkin akan tanya untuk pregnant lady boleh minum tak? Atau kalau tengah menyusukan baby boleh tak? Baiklah kat bawah ni dah disenaraikan siapa yang sesuai consume SSWKC ni. Sebenarnya semua peringkat boleh. Perempuan yang tengah period pun boleh tapi kalau pregnant, sebolehnya elak ambil time first trimester. Yelah time tu kan kandungan masih fragile lagi, takut ada alahan. Selain dari tu, semua boleh. Aku suggest terutamanya yang nak kawen kan, jom pakat consume SSWKC ni meh instead of guna kaedah vitamin C injection yang berbahaya tu, KKM pun tak luluskan cara suntikan Vitamin C injection tau jadi uolls jangan nak memandai suntik sana sini semata-mata nak putih aku gigit karang, hihi.

✔Lelaki dan Wanita
✔Anak dara yang belum berkahwin,
✔Wanita yang sudah berkahwin,
✔Wanita yang sedang menyusukan anak,
✔Wanita hamil 4 bulan keatas
✔Wanita yang masih dalam pantang bersalin
✔Wanita yang sudah menopause.
✔Golongan berusia 12 tahun hingga 80 tahun.

KELEBIHAN SSWKC

Sebenarnya banyak kelebihan consume SSWKC ni. Aku cuma highlight 10 yang paling utama sahaja sebab banyak sangat nak list satu-satu.
✔Jerawat semakin mengecut
✔Parut jerawat makin pudar
✔Tiada lagi masalah kulit berminyak
✔Tona kulit lebih cerah & berseri
✔Sangat berkesan menutup Pori-pori terbuka
✔Memberi kecergasan badan
✔Bagus untuk dalaman wanita
✔Kulit kelihatan lebih muda dan anjal
✔Mengembalikan kelembapan kulit 
✔Kulit semakin putih dan glowing

BAHAN-BAHAN UTAMA DAN KEBAIKAN


Wild Blueberry Stem Cell, Blueberry Stem Cell, Raspberry Stem Cell, Green Apple Stem Cell, Apple Stem Cell, Snow Lotus Stem Cell, Green Tea Stem Cell, Tomato Stem Cell, Swiss Red Grape Stem Cell, Grape Stem Cell, Argan Fruit Stem Cell, Rosella Stem Cell, Cranberry Stem Cell, Blackberry Stem Cell:

Plant stem cell extract promotes regeneration of skin and hair and delays the appearance of skin aging signs. Reference Journal: Stimulation of Stem Cells for Real Rejuvenation

Trehalose: 
Digunakan dalam cosmetic/supplement sebagai bahan perisa.

Pure L-glutathione: 
Kebaikan antioxidant of glutathione adalah luarbiasa tau. Ia digelar sebagai 'Master Antioxidant'.
Glutathione membantu membersihkan badan dari toksik, radikal bebas, heavy metals.

Phyto Hyaluronic Acid:
Hyaluronic acid dikatakan memiliki kapasiti yang besar untuk mempertahankan kelembaban, Hal inilah membuatkan hyaluronic acid dianggap sebagai bahan yang penting untuk anti-aging kerana keremajaan kulit sangat berkaitan dengan kadar kelembaban kulit. 

Pitera Extract:
Berupaya memutihkan dan menghaluskan kulit.

Biotin:
Manfaat Vitamin B7 atau biotin berfungsi untuk meningkatkan metobolisme badan. Vitamin B7  juga membantu fungsi organ vital serta membantu menjaga kadar gula darah.

Acaiberry:
Sebagai bahan antioxidant. Content antioxidant dalam acaiberry ni lagi tinggi dari cranberry, strawberries and blueberries. Banyak sangat manfaatnya. Tak larat eden nak list satu-satu uolls boleh google ye.

Pamogranate:
Pamogranate has anti-oxidant, anti-viral and anti-tumor properties and are said to be a good source of vitamins, especially vitamin A, vitamin C, and vitamin E, as well as folic acid. This amazing fruit consists of three times as many antioxidants as both wine or green tea.

Co-Enzyme Q10:
It is a substance similar to a vitamin. It is found in every cell of the body and our cells use it to produce energy your body needs for cell growth and maintenance. It also functions as an antioxidant, which protects the body from damage caused by harmful molecules.

Astaxanthin:
Astaxanthin has incredible UV-blocking properties, which helps to assist the skin in protecting itself against sun-related damage. Astaxanthin can neutralize multiple free radicals at once, protecting your skin and body from oxidation, damage, and inflammation.

Hydrolyzed Peptide Tilapia Collagen:
Since fish collagen is a type I collagen and type I collagen is what our skin consists of, it’s not surprising that it can benefit the skin. 

Possible skin benefits of consuming this collagen include improved smoothness, better moisture retention, increased suppleness and prevention of deep wrinkle formation.

P/S: Banyak lagi bahan-bahan lain dalam SSWKC uolls boleh google tau sebab terlalu banyak untuk dinyatakan satu persatu.



Sebenarnya SSWKC ni ada banyak set tau. Dulu ada satu je sekarang dah makin bertambah. Contoh ada Set Jihan Muse, Set Dr Halina, Set Stacy dan terbaru Set Dr Shahril dan Dr Azura. Contoh diatas adalah set Jihan Muse yang didatangkan dengan dua jar dalam satu set ini untuk hasil yang terbaik. KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (jar putih) dicipta utk menambah fungsi keberkesanan SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN (jar hijau), Justeru dua jar ini wajib diminum serentak kerana ia melengkapi antara satu sama lain


Kawaii Collagen White Maxx Extra ni dirumus khas untuk yang ada whitening properties. Perisa dia lebih kurang sama dengan SSWKC biasa yang jar hijau cuma rasa dia lebih kurang manis. If whithening is your main concern, this jar is for you. Mungkin ada yang pening tak tahu nak pilih set mana kan boleh consult terus hq/dealer mesti mereka lagi arif nak suggest yang mana sesuai dengan keperluan and skin condition uolls. Dalam satu jar ni ada 35 sachets.


Mula-mula tu aku curiga jugak sebelum ni SSWKC set hijau punya packaging ni berbeza. Aku ingat diorang dah tukar gambar buah-buahan yang comel tu. Rupanya tak, yang ni adalah upgraded version sebab tu dia ada tulis perkataan Premium pada label. SSWKC Premium ni ada pertambahan dari segi ingredients which is L-Cystein, Eruca Sativa, Pearl Tomato dan Dandelion.


Apakah fungsi bahan-bahan tersebut? Adakah uolls jenis suka tahu detail sesuatu produk terutamanya ingredients yang terkandung? Kalau tak suka pun kena ambil tahu jugak sebab mana tahu tanpa sedar ada produk yang letak chemicals yang berbahaya tapi kita tak tahu pun kewujudan chemicals tu. Aku nasihatkan kalau boleh baca lah journal untuk tahu manfaat/keburukan sesuatu chemicals/ingredients yang kita kurang pasti fungsinya because journal has proven scientifically. Jangan main terima je apa-apa info yang kita dapat. Kalau tak faham mungkin boleh rujuk orang yang lebih pakar.

Statement orang boleh reka sesuka hati, the information can be deceptive/misleading tapi journal based on research/experiment and they have undergone many clinical trials before it were publish.  Hatta blog aku ni pun jangan main percaya membabi buta je apa aku tulis, hihi.  Jangan malas ambil effort untuk filter sebarang informasi yang kita dengar/ditulis dengan menggunakan sumber dan saluran yang betul. Please don't say I am not Science people so it's not my job to know the how the bloody hell structures/chemicals/functions/how molecule works and interacts abcdsjhdjdtaikkucen aku lempang kau karang.haha, memanglah tak payah tau semua tu, at least tahu basic sudahlah.

Tengok, kan dah panjang aku membebel. Aduh, anyway don't worry guys InshAllah aku akan bagi info yang tulus. Guys, bear in mind segala info yang aku dapat adalah aku buat research sikit-sikit bukannya solely copy and paste anything I  found.

Berikut kelebihan ingredients tersebut:

L-cystein:
L-cystein bertindak mempertahankan kulit dan melawan kerosakan kulit akibat sinaran UV matahari, L-cystein juga membantu memperbaharui sel-sel kulit seterusnya memperlambatkan penuaan. Selain itu, ia juga bertindak untuk membantu penyerapan nutrien. Kadang-kadang usus kita tak serap kesemua nutrien yang dimakan sebab adanya banyak toksik dalam badan dan akan dibuang bersama air besar which is a big lost, oleh itu L-Cystein sedikit sebanyak membantu untuk detox. Membantu mempertingkatkan sistem imun, 

Eruca Sativa:
Eruca sativa ialah ejen melawan kanser (Cancer Fighting Powerfood). ia juga tinggi antioxidant dan juga diperkaya dengan vitamin A,K,C, folate, dan beberapa bahan mineral lain yang bagus untuk kesihatan.

Pearl Tomato:
Pearl Tomato berfungsi untuk mengawal pigmentasi dan menghalang pembentukan melanin in order to brighten, lighten and whiten the complexion. 

Dandelion:
Dandelion mencegah penuaan dengan mengurangi munculnya garis-garis halus, jeragat, dan kedutan di sekitar mata dan bibir. Selain sangat kaya dengan vitamin A, C, calcium dan iron, dandelion berupaya menegangkan kulit kendur dan merawat kulit yang tidak seimbang seperti kulit sensitif, kekeringan, kulit yang hilang daya elastik dan jerawat.

Ceramide:
Beberapa kajian penyelidikan menunjukkan bahawa ceramide adalah ejen yang mempertahankan sel-sel kulit bersama-sama untuk membentuk lapisan pelindung yang menganjalkan kulit dan mempertahankan kelembaban kulit daripada hilang akibat aktiviti seharian yg terdedah dengan bahan kimia. Ia juga boleh menghilangkan ketidakselesaan keadaan kulit yang kronik seperti psoriasis, eczema dan kulit kronik yang lain.






CARA PEMAKANAN YANG BETUL



a) Minggu pertama – Kena ambil 2 sachet sehari untuk hasil yang optimum. Ambil satu sachet SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN (jar hijau) bancuh dengan 200 ml air sejuk dan diminum sebelum sarapan . Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sarapan yer:). Waktu malam pula sebelum tidur, bancuh 1 sachet lagi KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (jar putih) dengan 200 ml air sejuk dan diminum. 
b) Minggu kedua dan seterusnya – Ambil 1 sachet sehari. Selang selikan. Contoh, hari ini ambil 1 sachet KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (jar putih), esok ambil  1 sachet SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN (jar hijau).
c) Penting untuk minum air sekurang-kurangnya 2 Liters setiap hari dan elak diambil bersama kafien. Macam aku ni hantu Nescafee terpaksalah berpantang. 


SKSWC diformulasi menggunakan teknologi Bioteknologi dari France dan Japan. Tengok ingredients kat bahagian belakang label ni banyak kan extract dari buah-buahan.


PERISA DAN TESTIMONI SENDIRI SSWKC




Aku suka bancuh dengan shaker. Lagi best minum time sejuk-sejuk rasa Raspberry and Strawberry sedap sangat. Tak manis pun, rasa masam-masam. Ada yang suka kemam serbuk je kan, mana-mana pun sama je ikut citarasa masing-masing.



Sebagai pengguna SSWKC, aku boleh lihat keberkesanan produk ni setelah cuba dan rasai sendiri. Kulit rasa lebih glowing dan berseri. Baru beberapa hari cuba dah rasa perbezaannya. Pagi-pagi bangun kulit rasa lembap je, jerawat yang naik sebiji dua pun makin mengecut.


Mesti ada yang akan cakap, alah, takpelah pakai gambar edit semua nampak elok je. Baiklah, jom kita buat experiment sikit. Gambar diatas memang aku edit pakai makeup pun tebal kan apa kata tengok pula gambar dibawah which is langsung tanpa diedit.


Gambar tanpa edit. Makeup time ni pun tipis sangat.
Both gambar diambil setelah beberapa hari menggunakan SSWKC.
My skin feel so healthy and radiant.

SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN adalah produk yang selamat untuk digunakan kerana kandungannya 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Bahkan pengambilan secara berterusan sangat digalakkan kerana kesan manfaatnya untuk kesihatan dalam jangka panjang.




  • HALAL
  • LULUS KKM
  • 100% kilang muslim halalan toyyiban

Sekarang makin banyak produk tiruan. Untuk langkah berjaga-jaga sila pastikan anda beli SSWKC yang ori tau. Berikut adalah cara-cara untuk mengenalpasti yang original.



Untuk sebarang info dan maklumat lanjut sila layari


Thanks for reading my entry

toodles !

13 August, 2017

Lipstick trend masa kini: Review Kamelia Cosmetics

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Dah setel review lipstick pada entry lepas, entry kali ni pun nak review lipstick lagi. hihi, uolls kena tarik nafas dalam-dalam untuk baca setiap post aku ni sebab aku tak nak ada orang rasa mengantuk. Inhale, exhale and then repeat sampai 5 kali. Baiklah, kalau boleh aku tak nak lah setiap post cerita semua benda yang lebih kurang sama je kan. InshaAllah, aku akan cari kelainan dan bersikap adil untuk setiap produk yang aku review. It's all about my honest opinion. Walaupun aku review benda yang sama tapi ia adalah dari brand yang berlainan. Aku percaya setiap produk ada kebaikannya yang tersendiri. Jom, tanpa melengahkan masa kita ke topik perbincangan iaitu lipstick!


Macam yang aku pernah cakap, setiap orang ada cara tersendiri nak pilih lipstick jenis yang macam mana. Sekarang pun dah banyak sangat brand kan kadang pening dibuatnya tak tahu nak pilih yang mana hihi. Long story short, matte lipstick adalah pilihan utama wanita masa kini termasuklah aku. Lipstick dari Kamelia Cosmetics menawarkan pelbagai pilihan wara liquid lipstick tau. Rambang mata tengok warna dia sebab semua cantik-cantik.

KAMELIA MERMAID MATTE LIP CREME


Benda paling utama, semestinyalah packaging. Pada aku packaging mempunyai the main power to attract the buyers and the theme itself must be unique supaya orang boleh ingat sesuatu produk tu. Bentuk seashell pada packaging ni is so lovely. Siap ada note comel lagi, hihi sejuk hati customer bila baca. Yang tengah moody mesti tiba-tiba boleh jadi bersemangat bila receive parcel dari Kamelia Cosmetics nih. Untuk pengetahuan, Kamelia menawarkan 14 pilihan warna Mermaid Matte Lip Creme termasuk 5 warna baru yang baru diperkenalkan. Kiranya sebelum ni mereka ada 9 tapi sekarang dah ada 5 pilihan jadi total ada 14 warna yang available. Lipstick ini diperbuat daripada bahan yang yang bagus sebagai contoh Argan oil, Vitamin E dan Shea Butter. Okey, Memandangkan Kamelia baru launched their new colors, so here I will be reviewing their new shades. Cop, sebelum tu buat yang nak tahu Kamelia bukan sahaja menawarkan liquid lipstick malah ada juga DD Cushion dan terbaru Kamelia has launched their Miracle Satin Lipstick. Kalau nak tahu produk lain dari Kamelia boleh visit page mereka nanti ya.


Note seashell yang comel with their contact number and page.


Taraa, inilah warna terbaru Kamelia Mermaid Matte Lip Creme. Aku nak cerita tekstur dulu. Tengok botolnya terus mengingatkan aku pada packaging colourpop sebab aku juga merupakan pengguna colorpop tapi Kamelia mempunyai bau sweet vanilla which is so nice. Memandangkan ia adalah lip cream, bila apply tak terus mengering, lebih kurang sama macam NYX. Walaupun tak highly matte but they are long lasting jadi lebih mudah untuk tanggal. Dah namanya pun soft lip matte kan. Kalau kebanyakan liquid lipstick matte pakai tissue jangan haraplah nak tanggal semudah kacang kan tapi jangan risau in case dah kehabisan makeup remover lipstick ni senang je tanggal pakai tisu, hehe tapi janganlah selalu diamalkan sebab tak elok untuk bibir korang. Time emergency bolehlah. hihi. 
cakap macam pernah buat je kan.


Code Azalea

Perasan tak sekarang ni trend lipstick warna nude brownish camni. Aku perasan Neelofa suka pakai warna ni dan semakin ramai wanita berpusu-pusu nak cuba gaya Neelofa. Yelah, dia kan Successful Business Celebrity yang menjadi icon fashion masa kini. Semua benda dia buat dari cara berpakaian hatta cara makeup pun jadi perhatian. Aku suka makeup dia jelah kadang tu acah-acah buat gaya Neelofa tapi rasanya ramai orang cakap aku lebih mirip Kim Kardashian.lolz sila jangan kecam sis ya :p


Code Isabelle

Aku rasa warna ni more to light pink. I don't think this color suit my skin tone. Tak tahulah maybe sebab kulit aku hitam manis kot rasa macam pale semacam. Aku percaya orang kulit putih mulus pakai code ni mesti lawa. 


To be honest, aku suka Azalea more. Isabelle pun cantik tapi Azalea lagi menambat hati aku.

   
PRO
  • Harga yang berpatutan
  • Mempunyai banyak pilihan warna yang menarik
  • Tahan lama
  • Mudah ditanggal
  • Cruelty free
  • Packaging menarik
  • Highly pigmented
CONS
  • Agak melekit pada bibir (Tips: Tekapkan bibir pada tisu kemudian baru rasa lightweight macam tak pakai apa-apa, warna tetap retain)
  • Agak susah nak sekatakan warna pada bibir. Maksudnya kena pandai pakai betul-betul supaya tak melebihi line bibir (I hope you get what I mean hihi)



Mak aku marah kot pakai code warna yang acah-acah Neelofa ni. Katanya membuatkan muka aku yang sedia maklum hitam manis ni bertambah hitam. Aku senyap je mak aku cakap macam tu padahal dalam hati rabak haha tapi aku wat lek wat peace je. Dia kata nak ikut trend semasa kena tengok juga dengan kesesuaian pemakai.  Aku tengok lawa je bila aku pakai warna ni. 
Uolls rasa? kehkeh anyway 
'"Beauty Lies in the Eyes of Beholder"
betul tak?


Sekali tengok lawa pulak warna ISABELLE yang aku pakai ni,haha

For more info please visit

Facebook: kameliacosmeticsmy
Instagram: @kameliacosmtics
Whatsapp: 019-2996848

Thanks for reading my entry
xoxo

11 August, 2017

Lipstick terkini di pasaran: Review Bobon Cosmetics

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

First time dengar nama lipstick ni bunyi macam pelik but it's unique and catchy. Bila aku google ada satu jenama cosmetics namanya hampir sama which is BonBon but the brand lipstick I will be talking in this post namanya Bobon okey. Pastikan sebut betul-betul ye, hihi. I don't know lately aku obsess sangat dengan lipstick. Organizer aku yang ada 24 compartment tu dah full dah yay. Tercapai jugak hasrat nak penuhi lipstick dalam organizer tu. Certain orang 24 pieces lipstick tu sikit tapi pada aku dah banyak. Tapi walaupun dah banyak, tetap rasa tak cukup (masalah perempuan!) haha nak jugak ada koleksi dari lain-lain brand.lol


Okey, first perkara pertama bila nak beli lipstick apa yang uolls fikir dulu? Harga? Shades? Jenama? Jenis Lipstick? setiap orang mungkin berbeza tapi pada aku perkara penting adalah jenis lipstick dulu baru fikir yang lain-lain. I am fan of matte lipstick or disebut as liquid lipstick. Lipstick matte sekarang pun ada banyak jenis. Ada yang cepat mengering, ada yang lambat mengering, ada yang mild matte, truly matte or even creamy. Aku suka jenis yang sederhana tak terlalu kering pada bibir and paling penting wajib last longer especially time makan. Konsep aku senang je, makanlah macam-mana sekalipun, comot tang mana sekalipun tak akan hilang/pudar! Itulah ciri-ciri yang ada pada Bobon Cosmetics ni. It is SOFT MATTE & BOLD WHIPPED LIP CREAM.





Masa dapat parcel ni semalam ya Allah rasa happy sangat tengok packaging dia yang terlalu cantik ni. Rasa nak nangis tau (over benau,hihi) because it looks so glamorous and exclusive! They sent me such beautiful notes, siap ada sticker gambar dengan cat lagi tau. Boleh tak kalau nak assume Bobon tu as the cute little cat on that photo? hihi. Kombinasi warna gold and black is on point. Thumbs up for the amazing packaging. I also like how they display the label information and description clearly surrounding the boxes. I love the tagline ' A smile is the best makeup any girl can wear'. 


Bobon Cosmetics masih baru lagi di pasaran Malaysia which is founded pada tahun ini. This product was manufactured in USA. I believe the ingredients are safe as claimed, good quality as international brand and good news because they ship worldwide! Aku suka brand yang present themselves that looks global. Salah satu contoh, sekarang kan dah semakin banyak brand owner yang guna English as a medium to reach more audiences. Jadi, secara tak langsung, boleh meningkatkan lebih banyak trafik. Selain itu, Bobon Cosmetics do not not only solely focus selling the lipstick, but they also potray that wearing lipstick as a lifestyle which is good enough to attract fashionista out there. 

SHADES

Ada 5 shades yang available kesemuanya. Uolls boleh check page Bobon untuk tengok kesemua shades yang ada sebab laptop aku tak boleh nak download image from insta Bobon untuk tunjuk korang every color. Aku pilih shades Pumkin Cake and My Lips But Better. To be honest, aku merupakan seorang makhluk yang payah sangat ya amat nak buat keputusan. Termenung panjang boleh sampai berjam-jam walaupun sekadar nak pilih warna lipstick! haha, apatah lagi nak buat keputusan besar macam pilih pasangan hidup mau bertahun aku fikir nak A ke B nak A ke B ni lolz, kang nanti tak sempat aku nak pilih dorang dah kahwin lain.Tak payah nak hiperbola sangat! Eh kelaut pulak, ok back to story, aku pilih dua shades ni sebab warna dia macam rare. Aku tak pernah ada lagi this kind of color especially Pumpkin Cake susah sangat nak describe cemana warna dia.





Pumpkin Cake


My Lips But Better


Gambar Bobon lagi. hihi


Meh sini nak describe sikit warnanya. The colour is very pigmented. Tak perlu nak pakai banyak layer. Pakai satu layer pun dah cukup sebab warna dia dah terang. Pumpkin cake warna seakan red brown. So gorgeous. It's like you are wearing the combination of orange/red/brown at the same time while My Lips But Better the shade is between pink and purple. Orang pun confius tak tau kau ni sebenarnya pakai warna apa sebab terlalu memukar pandangan, hehe but what I can say all the colors are trendy and up to date. It's everybody's shade!

WHY BOBON COSMETICS?


The hydrating power and creamy formula dah cukup nak bagitahu kenapa Bobon is a good product for me. I have tried many liquid lipsticks. Setiap lipstick berbeza in term of formula wise. I think the creamy formula is the best. I have always be reminded to use lip balm before wearing any liquid lipstick untuk pastikan bibir tak mengering. Tak kisah guna mana-mana lipstick wajib pakai vaseline atau lipbalm dulu tau.




Ha, tengok tu. Dia dah tulis siap-siap dah cara penggunaan pada label. Lepas lipbalm, apply satu coat, tunggu 30 saat dah siap boleh senyum dan selfie dengan bangganya sambil tag @Boboncosmetics. Nah, aku translate satu-satu sebab rajin kan :p

      PRO
  • Tidak melekit
  • Tahan lama
  • Ringan
  • Vegan and cruelty free
  • Pilihan warna yang menarik dan up to date
  • Packaging sangat cantik
  • Label yang jelas

    CONS
  • Agak pricey but it's worth your money because they offer premium quality.
  • Limited shades (Kalau shades banyak-banyak pun pening jugak nak pilih colour apa but depends on individual lah kan😚😊)

    PRICE

    RM80.00

    Postage RM8.00 SM
      Postage RM12.00 SS
      Free delivery orders more than RM250

   



For more information please visit

Facebook: boboncosmetics
Instagram: @boboncosmetics
Twitter: 

Thanks for reading my blog
xoxo

02 August, 2017

Cara Lukis Eyebrow : Palladio Cosmetics Review &; amp Special Giveaway

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum

Dulu aku pernah review tentang Palladio Cosmetics. Kalau ada yang dah lupa atau tak pernah baca boleh tekan sini. Aku explain panjang lebar beberapa produk cosmetics dari Palladio. Sekarang ni most cosmetics yang aku guna adalah from this brand. Sebelum tu aku nak review Palladio eyebrow pensil dulu sebab entry lepas aku belum review lagi dan dan please baca sampai habis sebab at the end ada special giftaway. Kalaulah ada orang baca blog ni kan dan kot-kot nak cuba nasib mana tahu ada rezeki anda boleh menang.

Palladio Brow Definer
RM39.90


Description: Ultra precise twist-up pencil creates fine detail with a long-lasting staying power. The spooley brush blends color effortlessly for a natural finish. 

Shades available: 

01: Taupe
02: Medium Brown
03: Ash Brown
04: Black Brown


First aku nak bagitau tentang shades dulu. Palladio Brow Definer ada empat shades yang available. Dalam banyak-banyak shades, aku paling suka code 02 Medium Brown dan code 04 Black Brown. Kedua-dua shades ni warnanya black-brownish yang pekat, tak terlalu hitam sebab kalau hitam sangat pun tak sesuai sebab nampak garang/age dan kalau brownish sangat pun aku tak berapa suka sebab nampak pucat jadi hanya dua code ini telah menambat hati aku. Jadi bagaimana pula dengan code 01 Taupe dan code 05 Ash Brown? Warnanya is too pale for me, tapi aku notice kalau pandai blend antara different code, boleh hasilkan natural touch yang sangat cantik. Maybe aku ni agak noob nak draw eyebrow yang cantik sharp macam makeup artist tapi at least adalah improvement sikit 😉


Nombor 1: Black Brown
Nombor 2: Medium Brown
Nombor 3: Ash Brown
Nombor 4: Taupe






Apa yang aku perhati lah kan, penting untuk kita memilih eyebrow pensil yang betul untuk dapatkan finishing yang cantik sharp. Sebelum ni aku guna eyebrow pensil yang macam biasa tu, beza sangat time lukis kening as for Palladio Brow Definer ni cantik je terbentuk, tak penat nak smoothkan dia masa blending dan paling penting tak makan masa! Biasanya aku akan ambil masa paling lama nak lukis kening. haha, Salah satu sebab Palladio ni mudah je nak lukis because of the tip is extremely precise! It goes effortlessly and natural. Sebab tu nama dia micro pencil. Newbie yang baru berjinak-jinak dengan mekap boleh pilih tip eyebrow yang macam ni untuk memudahkan urusan hidup anda.


Ada lagi add up point nya, eyebrow ni ada dual-functional tau which is pada bahagian hujung ada eyebrow brush! Mula-mula tu aku tak perasan pun ada eyebrow brush ni. Ingatkan ada satu bahagian untuk lukis brow je, pastu tersalah bukak then baru tahu rupanya sebelah lagi ni ada brush. Nampak tak kejakunganku disitu 😄 Biasanya kalau beli eyebrow pensil jarang sangat ada bagi brush sekali. Biasa kena beli secara berasingan kan tapi Palladio Brow Definer dah siap-siap ada brush. Tengok brush dia pun dah tahu memang jenis yang berkualiti tinggi, design and the hardness of this brush able to blend the brow smoothly macam highway! haha


Alright, step yang aku follow exactly macam gambar ni. Mulakan garisan pada bahagian bawah dulu kemudian baru lukis yang atas. Blending part agak kritikal sikit kan. No worries, practice makes perfect guys :)



Aku pakai ni code 04 Black Brown.

SPECIAL GIVEAWAY CONTEST 

Okey, tibalah part yang dinanti-nanti iaitu special giveaway from Palladio Cosmetics. Anda berpeluang untuk mendapat lipstick atau blusher dari Palladio Cosmetics tau. Aku akan pick peserta not solely based on luck tapi pada usaha dan kretiviti anda. Nak tahu lebih lanjut sila baca syarat-syarat dibawah.



Awal tu syaratnya uolls kena beli beauty brush kit (from my online store) baru dapat free giveaway tapi aku dah ubah syarat-syaratnya sebab rasa macam tak adil kan. Rasa macam tak tulus je. Aku muhasabah balik yang aku ni nak berniaga atau nak bagi barang percuma. haha jadi syarat-syaratnya telah diubahsuai dan dipermudah. Sebelum tu baca dulu dengan teliti disclaimer kemudian baru baca syarat-syaratnya.

Disclaimer
  • Giveaway ini akan berlangsung selama dua minggu bermula 02 Ogos 2017-15 Ogos 2017.
  • Pemenang akan diumumkan pada 16 Ogos 2017 di laman instagram @yasminyusuf87 melalui Direct Message. 
  • Hadiah yang diberi adalah random iaitu samaada lipstick atau blusher.
  • Sekiranya terpilih, anda perlu membayar duit untuk pos laju di RM8 SM dan RM10 SS
  • Jika tiada penyertaan setelah tarikh tersebut, produk ini akan diberi secara random kepada ahli keluarga/rakan terdekat untuk dipromosi pada laman instagram masing-masing.
Syarat-Syarat
Tips

Tips nak menang senang je. Fikirkan ayat yang paling kreatif. Kalau boleh out of the box tapi jangan sampai tak masuk akal pulak.ngehe Ada sense of humor pun boleh. Aku akan baca ayat korang tu one by one and siapa yang paling kreatif dialah yang akan menang. Mudah kan. Apa tunggu lagi, join lah sekarang!

For more info, please visit

Thanks for reading my entry
xoxo